• BIASISWA LEPASAN SPM 2023

    Permohonan biasiswa lepasan SPM 2023 kini dibuka khas untuk pelajar yang akan sambung pengajian di peringkat Diploma. Biasiswa ini merupakan inisiatif Yayasan Geomatika dengan objektif untuk membantu pelajar yang cemerlang dan aktif untuk melanjutkan pengajian di salah satu institut pengajian tinggi berdaftar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

     

    Anak-anak lepasan SPM 2023 yang layak boleh memohon dengan syarat-syarat tertentu. Sebanyak EMPAT (4) jenis biasiswa dibuka untuk permohonan.

     

    Tarikh temuduga khas:

    Sabtu, 20 Julai 2024 (sempena program Study at Sabah - Education Fair 2024)

    Tempat:

    NBUC 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah

    Masa:

    9.00 am

  • Study at Sabah - Education Fair 2024

    Sebuah program pendidikan di peringkat Negeri Sabah yang julung kali diadakan di Kota Kinabalu Sabah bertempat di NBUC 1 Borneo Kota Kinabalu! Pelbagai aktiviti menarik khas untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang ingin sambung pengajian

    broken image
  • Syarat Penajaan Biasiswa

    Sila pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut sebelum memohon.

    broken image

    Merupakan lepasan SPM tahun 2023 dan melepasi syarat kemasukan pengajian yang ditetapkan

    broken image

    Aktif dalam kokurikulum dengan pernah mewakili sekolah di peringkat kebangsaan atau negeri

    broken image

    Lulus penilaian kendiri melalui proses temuduga yang akan dijalankan

  • A. Biasiswa Belia Cemerlang

    Biasiswa yang menawarkan biaya penuh yuran pengajian kepada pelajar di samping tajaan yuran asrama, pengangkutan, elaun sara diri dan tiket bas/penerbangan.

    broken image
  • B. Biasiswa Belia Mahir

    Biasiswa yang menawarkan biaya 50% yuran pengajian kepada pelajar di samping tajaan yuran asrama, pengangkutan, elaun sara diri dan tiket bas/penerbangan.

    broken image
  • C. Biasiswa Belia Sabah/Sarawak

    Biasiswa yang menawarkan dermasiswa RM 1500 yuran pengajian kepada pelajar di samping tajaan yuran asrama, pengangkutan, elaun sara diri dan tiket bas/penerbangan.

    broken image
  • D. Biasiswa Pengajian Asasi

    Biasiswa yang menawarkan tajaan penuh yuran pengajian asasi kepada pelajar di samping tawaran terus untuk melanjutkan pengajian ke Ijazah dan tiket bas/penerbangan.

    broken image
  • FAQ

    Soalan lazim berkenaan permohonan biasiswa